ASSALAMUALAIKUM
Salam dari sahabat yang serba kekurangan ini..
MasyaAllah...
Rasa diri ini sangat hina & jahil sangat tentang ilmu agama..
Bila orang tanya pasal agama..kita tak boleh nak jawap/tak tahu
Bila orang bercerita dengan kita..kita tak tahu pun pasal ilmu tersebut..
Serba kekurangan..
Kawan saya ade share pasal perkara dibawah..
Semoge bertambah ilmu untuk diri ini..
Bismillahirahmanirahim..
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberi pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS
5. Orang yang pertama dipanggil Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS
6. Orang yang pertama mengerjakan Saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar ( Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dalam kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab/ lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
16. Orang yang menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
18. Orang yang pertama minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar- Rasyid RH
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA
27. Orang yang pertama menghafal Al- Quran selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'afar Al-Mansur RH
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW
Waallahualam...
Hanya Copy paste dari kawan... =)
1 comment:
Pertama kali ku mendengar suaramu~~ hehe.. =P
Post a Comment