Sunday, 5 October 2014

@L~MaTHuRaT sebahagian Bekalan Ku




KELEBIHAN MEMBACA AT MATHURAT



Di dalam al-mathurat, adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi SAW dan banyak kelebihan dan fadhilatnya bagi sesiapa yang membacanya selepas Subuh dan selepas Asar/Maghrib. Kelebihannya adalah seperti yang berikut :-



1. Tidak dihampiri syaitan



2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 


3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 

5. Selamat dari segala sesuatu. 

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 

7. Allah berhak untuk meredainya 

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 

9. Terhindar daripada syirik. 

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

InsyaAllah Allah menjaga kita sepanjang kita hidup di dunia Allah ini. Semoga hati kita sentiasa tenang dan Allah mempermudahkan segala urusan kita...

Tipu jika saya kata, saya tidak mis membacanya.. Kadang- kadang kita akan merasa malas untuk mencapai dan membaca, mungkin dengan hasutan Syaiton kita kalah. Tetapi bangkit lah wahai anak muda Siti Alwani.. Malas tiada ubatnya bak kata mereka yang menasihati saya. =) 
Paksalah diri untuk melakukan kebaikan yang tidak akan rugi untuk dunia dan akhirat. 
Semoga ayat ayat  itu terus membasahi bibir ku. 

Friday, 19 September 2014

TAHARAH vs WUDUK"


Assalamualaikum wbt.
Bismillah..


Tersebut adalah doa ketika berwuduk..semoga hati ini lebih dekat kepada Allah...
Agar diri ini sentiasa tunduk kepada Allah.



Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati..
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,

... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.

"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".






*Sekira anda ingat.Boleh lah istiqamah melakukan perkara ini.

Saya yakin akan merasa kemanisannya.
Manakala jika tidak ingat, tidak mengapa jika tidak melakukan tersebut.

Sharing is caring.
Semoga amalan ini membawa ke arah kebaikan. InsyaAllah.

Ikhlas dari saya, cik Siti Krik2  ^_^

Aku BeRTaNya, Al-QuRaN MenJaWaB

Al-Quran merupakan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w . Mukjizat ini valid until the end of day. Wahyu yang diturunkan ini menjadi guideline hidup di dunia dan di akhirat. Berikut adalah soalan yang dilontarkan oleh kita dan jawapannya ada dalam Al-Quran. Segala yang disuruh pasti ada hikmahnya dan kebaikannya.

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
Al-Quran jawab : "Apakah manusia menyangka bahawa meraka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman, sedangkan meraka tidak diuji dengan sesuatu cubaan. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa diketahui-Nya tentang orang-orang berdusta. (Al-Ankabut :2-3)

Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran jawab : ".... Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah : 216)

Kita bertanya : Kenapa aku diuji dengan seberat ini?
Al-Quran jawab : " Allah tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya.." 
(Al-Baqarah : 286)

Kita bertanya : Kenapa aku merasa frust?
Al-Quran jawab : " Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berduka cita, padahal kamulah orang-orang tertinggi (mengataasi musuh-musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang (bersungguh-sungguh) beriman". ( Al- Imran : 139)
* Hati akan berasa tenang dan damai jika kita beriman kepada Allah, melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Bak kata orang kita akan merasai kemanisan iman itu.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran jawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Al-Quran jawab : " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...." ( At-Taubah : 111)

Kita bertanya : Kepada siapa kita berharap?
Al-Quran jawab : "..... Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya, hanya kepadaNya aku berserah diri..." (At-Taubah : 129)



Senyumlah!!
Senyum adalah sedekah
Senyum adalah sunnah
^_^

Peringatan untuk diri !!
Agar sentiasa bersyukur
Dan tidak merungut
Searching Iman
ALLAH cinta sejati!!!!


Wednesday, 17 September 2014

Kesedihan itu pendekat diri kepada Allah..

Bibir terkatup..
Mata tertutup..
Menundukakan kepala..
Air mata bertitisan satu persatu..

Dahi berkerutan...
Muka kemerahan...
Menahan kesedihan..
Pukulan pendam kesepian..

YA ALLAH.....
Engkaulah tempat ku mengadu..

 YA ALLAH...
Engkaulah pendengar ku yang setia..

YA ALLAH...
Engkaulah pemerhatiku yang nyata..

Kala tiada satu jasad mendengar keluhan hati  ini...
Aku..Hamba Mu yang lemah..
Aku..Pendosa di bumiMu yang sementara..
Aku..memohon sebesar kesabaran, kekuatan...ketabahan bagi hamba Mu ini terus mentauhidkan diri kepada Mu..

Andai kita berpura-pura kuat, tetapi Allah tahu kemampuan kita..
Allah tahu bila masa kita lemah..
Allah tahu bila masa kita rasa rapuh..
Segalanya hanya Allah yang tahu..
Kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Ada masanya ujian Allah menyebabkan kita rasa tidak  berdaya,
Namum jangan berputus asa wahai sayangku..
Bisikkan pada hati, "Wahai diri kembalilah kepada Allah. PadaNyalah tempat aku berserah.."

Hasbunallah wa nikmal wakil.

Sampai tahap diri ini diatas...
Diri ini juga boleh jatuh merundum
Kemanisan selama ini dirasai..
Kini kian pudar di dalam hati..
Bisikan syaitan memakan diri..
Ayuh diri tentang membela diri..
Kuatkan diri terus cari Illahi..
Muhasabah diri setiap hati...

Istiqamahlah wahai diri..
Agar Allah tetap dihati.

I'M TRY TO BE A NICE MUSLIMAT..IN SYA ALLAH ^_^

Sunday, 31 August 2014

KeLeBiHaN SuRaH aL- QuRaN NuR KaRiM

 Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Seseorang yang hidupnya hanya bergantung dengan Allah
Dan
Ingin hidupnya yang sementara ini mendapat keberkatan daripadaNya..

Dengan itu...berdoa kerana ia adalah senjata umat Islam
Jangan sesekali lalai dengan nikmat kesenangan yang hanya Allah pinjamkan itu..
Pohon lah apa saja kepada Allah,
Mengadu jika kesedihan,
Memuji jika senang,
Bersujud ingin kasih-Nya,
Dating jika ingin Cinta-Nya,
Memohon maaf jika alpa,
Itu semua kerana ALLAH TAALA.

BACK to The Title..

SURAH YASSIN
Dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat

SURAH DUKHAN
Dapat membantu kita daripada kita menghadapi ujian Allah SWT pada hari khiamat

SURAH AL-WAQI'AH
Dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

SURAH AL-MULK
Dapat meringankan azab di dalam kubur.

SURAH AL-KAUTHAR
Dapat meleraikan segala perbalahan.

SURAH AL-KAFIRUN
Dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

SURAH AL-IKHLAS
Dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
(Semasa sakit hingga meninggal dunia) - InsyaAllah jasadnya tidak reput didalam kubur.

SURAH AL-FALAQ
Dapat menghapuskan perasaan hasad dengki

SURAH AN-NAS
Dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was was.


KETIKA MENGANDUNG

SURAH AL-FATIHAH
Untuk terang hati dan kuat daya ingatan

SURAH LUQMAN
Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwanya.

SURAH HUJURAT
Untuk memperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati (anak).

SURAH TAWBAH
Untuk membersihkan jiwa dan memelihar diri daripada maksiat.

SURAH MARIAM
Untuk memudahakan ibu bersalin dan memperoleh anak yang soleh.

SURAH YUSUF
Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlaknya.

SURAH YASSIN
Untuk tenenangan hati dan anak jauh dari godaan iblis dan syaitan.

SURAH AN NAHL
Untuk melahirkan anak yang disiplin.




Tuesday, 17 December 2013

FIRST vs PERTAMA

ASSALAMUALAIKUM
Salam dari sahabat yang serba kekurangan ini..

MasyaAllah...
Rasa diri ini sangat hina & jahil sangat tentang ilmu agama..
Bila orang tanya pasal agama..kita tak boleh nak jawap/tak tahu
Bila orang bercerita dengan kita..kita tak tahu pun pasal ilmu tersebut..
Serba kekurangan..

Kawan saya ade share pasal perkara dibawah..
Semoge bertambah ilmu untuk diri ini..

Bismillahirahmanirahim..

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberi pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5. Orang yang pertama dipanggil Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan Saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar ( Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dalam kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab/ lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang  yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar- Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al- Quran selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'afar Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW 


Waallahualam... 
Hanya Copy paste dari kawan... =)

Sunday, 15 December 2013

LoVe RaSuLuLLaH...Ikuti Sunnahnya

ASSALAMUALAIKUM
(sejahteralah keatas kamu)

Emm...emmm.....macam mane nak mulakan ye..
hantam jela..hehe

Korang nak tahu tak???

Ni pun baru saya tahu....

Untuk mendapatkan keredaan Allah...
Kita perlu mencintai Rasulullah 

Apa yang dikatakan cinta Rasulullah??
Cube kita pikirkan balik..
Adakah kita ikut SUNNAH nya..

Itulah cara yang dikatakan kita cintakan Rasulullah....
  
Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan amalkan amalan Rasulullah..
InsyaAllah ^_^


Lafaz solawat kepada Rasulullah

Ini ditujukan khas untuk para pemimpin kita...
Kaum Adam yang dikasihi Allah.. =)




oke....sekarang saya nak senaraikan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian....
Mehh sam-sama kita belajar dan istiqamah..
InsyaAllah =)




Amalan Bersedekah


Sedekah yang paling afdal adelah pada bulan Ramadhan..
Kerana pahala pada bulan Ramadhan adalah lebih besar daripada bulan-bulan yang lain
Tapi....
Orang sekarang..suka bersedekah pada bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri..
Baru orang ramai berlumbe-lumbe bersedekah..
Bagi duit raya kepada budak-budak..
Tapi apakah niat pemberi duit raya tersebut..
Adakah sebagai adat sahaje semasa Hari Raya atau pun bersedekah kerana Allah..
Renungkan lah..






Ini pula sunnah Rasulullah semasa makan dan minum

l






Orang yang jilat jari ini bukan pengotor..
Tetapi dia mengikut sunnah Rasulullah..




Sunnah Hari Jumaat ..
Sunnah ini dilakukan sebelum menunaikan Solat Jumaat
Khas untuk kaum Adam =)











Maaflah ..tak jelas pulakk..hehe
Tapi paham kan..


Seterusnya..
Kepada mereka yang telah bergelar ayah dan ibu
mempunyai anak...
Bimbinglah mereka seperti didikan Rasulullah..






Dan tidak lupe juga....
Sunnah yang utama berkaitan dengan hati seorang hamba tersebut..





Jangan kita merasakan rugi untuk melakukan nya..
Kerana ada disebalik 1001 kelebihan yang boleh kita dapat apabile melakukan sunnahnya
Marilah kita sama-sama menyayangi Rasulullah..

We love Rasulullah...






Salam sayang dari saya..
AssLaMuaLaiKuM...

Keep Smile ^_^

Friday, 13 December 2013

MeaLTiMe GuiDe

KESIHATAN??
LeVeL MaNe PaRaS KeSiHaTaN KiTe??
Apa YaNg KiTe MaKaN??
MeNgAnDuNgi NuTrieN Yg CuKuP ke X??

persoalan ini sepatutnye perlu ada dalam diri semasa ingin mengambil makanan selaras dengan kandungan zat dan nutrien yang memcukupi oleh tubuh badan.
supaya badan sentiase sihat dan tidak mendapat berat badan yang berlebihan.
dalam bahase kasarnye GEMUK...hehehehe

saya selalu risau tentang berat badan saya..
kadang2 tertanye2..dan selalu monolog sendiri..
."eee gemuk la badan aku ni."..
"ee..jeles nye badan die kurus.nak kurus mcm bla bla bla jgak"....
"ishhh, tak bole jadi ni!!..klu badan gemuk mesti aku hilang confident diri aku ni"...
"eee...stressnyerrr" hehe......

macam tula saya dalam bab menjage ideal berat badan..
sampaikan saya pernah tidak makan nasi dalam setahun lebih..
betul ke apa yang saya buat ni?? giler kan..sanggup tak makan nasi..hehe
sampaikan orang ingat saya elegik nasi..hahahaha.klaka..
alwani..alwani.... =)

So, sekarang ni saya nak share sedikit pasal pengambilan pemakanan yang seimbang walaupan dahulu saya mengabaikan juge..hehe..

oke macam ni...
mengikut sains pemakanan...
badan kite memerlukan jenis pemakanan ini mengikut kadar yang ditetepkan.
pastikan makanan yang kita ambil mengandungi kabohidrat, protein, vitamin, serat mengikut sukatannye.




 Tetapi saya mensyorkan anda makan mengikut diet amalan Rasulullah..

meh saya cerite sikit..
tapi saya pasti anda mesti anda mesti dah tahu amalan ini..
tak pela..saya share jela ehh..hehe

1. Rasulullah melarang umatnya makan protein bersama susu


sebab kenape??
kalau anda ingin tahu..dalam kandungan ayam ade ion positive manakala dalam kandaungan makanan pula ade ion negative..jika kita makan kedua-duanya..ia akan menyebabkan tidakbalas biokimia yang akan menyebabkan perut dan usus akan rosak...
jadi...pandai2 la pikir ehh demi kesihatan tubuh badan.


makan buah 1/2 jam sebelum makan nasi




2. Rasulullah biasa makan bijirin seperti Habbatus Sawda, barli dan oat.
sebab ape??
kerana ia dapat meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihattkan jantung, mengawal penyakait kencing manis mencegah kanser, dan paling yang digemari ia dapat mengawal kegemukan melampau iaitu OBESITI.

3. Rasulullah suke makan tamar..
yang detail yang saya akan bagi ni baru saya tahu...
BUAH TAMAR mengandungi unsur2 seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam..lengkap nutrien yang perlu untuk tubuh badan..
jadi lepas ni kalau tak makan nasi pan tak ape lah kan...kite makan tamar je sebagai hidangan utama,..hehe
suke..suke.... =D

4. Rasulullah memggalakkan pengambilan madu..



caranye :
ambil air agak sejuk sedikit + dengan madu..minum pada setiap pagi..
InsyaAllah ia boleh menghindarkan dari segala penyakit.

nyam,....nyam...nyamm...sedapnye MADU ^_^





kalau boleh kita amalkan ...sebab Rasulullah tidak pernah sakit perut kerana beliau sangat jage pemakanannye...kite skg ni...bab makan balun je..
"makan je selagi boleh makan"....ishh..ishh..ishh.sampai mcm tu sekali haa...

haaa...jangan lupe jugak...kite kene banyak minum air masak...
8 gelas sehari..yeaahhhh!! hehe
then, makan ikut waktu..semase makan..jangan sampai makan terlalu kenyang...
sebab kite perlu mengisi perut dengan 1/3 dari air, 1/3 dari makanan dan 1/3 untuk udara..

SEBELUM dan SELEPAS makan perlukan berdoa..


amin...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

haaa....yang ni saya nak tekan kan...
paling pantang laa..saya selalu menjagenye..
Elakkan kekenyangan sebelum tidur!!
sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur..
bukan ape..kalau terlalu kenyang..takut2 makanan yang kita makan tu xsempat hadam,,..then jadi lemak...
tu yang menyebabkan GEMUK..waaa..tak nak..tak nak..

kawan saya kos sains penah bagitau saya...
daging, ayam..memerluakan masa lebih kurang 8jam untuk hancur/hadam..
nasi lebih kurang 3 jam, 

sebab tu..penah saya terlalu jage waktu tu...pada mlam tu saya makan lewat...then saya ngantuk..jadi..saya duduk la ats  katil tunggu waktu penghadaman tu..sampaikan saya terlalu ngantuk dan tak tahan menahan ngantuk..saya tidur dalam duduk, tersengguk2 saya tidur dalam duduk..hahaha...gelak kawan saya time tu..hehehe...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

okey...azam saya demi kesihatan saya...

saya telah membuat peraturan untuk diri  ku ini sendiri...
nak tahu tak ape peraturannye..hehe

jeng jeng jeng.....hehe

1. Tidak minum air sejuk
2. Tidak makanan yang bergoreng/ berminyak
3. Tidak makan nasi lebih sekali sehari

semoge target saya untuk menurunkan berat badan dan maintainkan berat badan ini berkesan..InsyaAllah...
53kg ditangan..hehe

merepek dah ni..k laa..ni saje yang saya boleh share...
smoge kite diberi kesihatan dan terhindar daripada penyakit..amin

SALAM SAYANG DARI SITI ALWANI HAMZAH

ASSALAMUALAIKUM ^_^

Sunday, 14 July 2013

PANDUAN MEMASAK Wahai Anak Dara..

Assalamualaikum...
hye..hye...hehe

Lumrah kehidupan, wanita/ perempuan perlu pandai memasak demi masa depan kelak...

Masa depan???ape tu?? (kawin, kawin, kawin..) ehehe..

eh..jangan salah sngke pulak..bukan nak galok sangat..tp itu akan jadi sebahagian daripada tanggungjawap 

seorang isteri untuk melayan suami seperti hidangkan makanan kepadanya..kan.kan.
.
Sebenarnye tujuan saya post resepi ni sebab bole jadi panduan untuk saya memasak nanti..

Maklum la..dah lame tak masuk dapur, memasak..

Habiz lupe semua jenis bahan- bahan yang perlu ade untuk memasak..

Teruk kn..hehehehe =D

Duk kat kolej..tak penah masak pun sebab kelengkapan tak ade..dan tak bole masak dalam bilik..hehe

So, hari hari beli kat luar or cafe in campus..

Jadi...sekarang ni masenye kumpul semue menu masakan...

Kita belaja eh..tak lame lagi nak kawin..hehehe..Galok ehhh (ayat Aina Mardhiah)

MeNu PeRTaMa....

1)  MaSaK TomYaM..


Bahan Blender

Tomato 5biji
Bawang Putih 2 ulas
Bawang Merah 1biji
Cili merah/ Lada kering (kalau nak pedas)

Bahan
Separuh ekor ayam
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 batang serai (ketuk)
1 biji tomato
1 inci lengkuas
2 helai daun limau purut
1/2 air limau nipis
garam & gula
sayur2 ( ikut suka)

Oke...CaRa MeMaSaK pulak....
 1. Tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau
 2. Masukkan campuran yang telah diblender, masukkan ayam dan tutup periuk seketika
 3. Masukkan bahan2 tomyam tadi dengan api sederhana mengikut pengalaman anda.hehehe...
      jangan lupa masuk garam gula pulak ye...Dah siap masak...jemput la hindang..hihi


2) GuLai AsaM PeDaS IkaN KeMbuNg



Bahan2

6 ekor ikan kembung
4 biji bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
3 sudu besar lada kisar
Air asam jawa
Kunyit & garam
6 batang bendi

CaRa MeMaSaKnya..
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumisan
2. Masukkan lada kisar, masukkan garam, kunyit & air asam jawa 
3. Setelah mendidih...masukkan ikan sayur, bendi sehingga masak..
  ( Belacan dan bunga kantan bole juge disertakan bersama bagi yg  menggemarinya)

SiaP!!

3) KeK BaTiK CheeSe yammm yamm yamm....

 Bahan2

* biskut marie
* susu UHL
* tatura cream cheese

Cara membuatnye : 


1. Pukul cream cheese tatura + gula halus ( guna mesin putar) sehingga kembang dalam 10 minit macam tu


2. Letak susu UHL (4-5 sudu) .jangan sampai cair sudah laa...pekat lagi molek oke.

3. Curahkan cream tu di bekas..then., susun biskut marie yang telah dihancurkan..(buat selang-seli)

4. Tekan2..then simpan dalam peti sejuk selama 5 or 6 jam..

Siap!!.

Hasilnya seperti dibawah ini...

selamat mencuba ^_^





Aku HaNya SeoRaNg HaMba YanG HiNa

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum .. always smile ^_^

Penghijrahan dari bertudung biasa-biase kepada bertudung labuh..
Mula2 terasa diri ni tidak layak bertudung  sekian rupa kerana aku tahu aku bukan seorang yang banyak ilmu pengetahuan tentang agama..
semoge langkah ku ini mendapat keredaan Allah SWT..
Bukan niat ku untuk berlagak alim..
Bukan niat ku untuk menunjuk2 aku ni baik di mata orang..
Tapi ini kerana Allah Ta'ala..


Di Langkawi 30 November 2013

Ku sedar diri ini serba kekurangan..
Ku sedar diri ni lemah dalam ilmu Allah..
Ku sedar diri ini tidak setanding para sahabat nabi..
Tapi aku ingin memcube yang terbaik kejalan-Nya..

Ilmu ini saya dapat dari Lawan Sosial facebook..
Meh saya nak share..
Dari Abdullah bin Umar :
Suatu hari Nabi saw mendengar seorang lelaki memberi nasihat kepada saudaranya tentang sifat malu, lalu Rasullullah saw bersabda,
" Sesungguhnya MALU itu cabang dari IMAN ". (oo49) Sahih Ibnu Majah

Marilah kita sama2 muhasabah diri..
Anda tidak menutup aurat...ade tak rase malu??
Suke mengata/ mengumpat orang lain..tak rase malu ke??
Tidak menjaga batas pergaulan...malulahh
dll larangan yang bole membuat Allah murka..

Nasihat ini untuk diri sndiri dan saudara seislam yang saya sayangi..
wahai kaum hawa yang amat saya sayangi..pupuk lah rase malu atas AURAT dan BATAS mu..
buktikanlah bahawa anda ada sifat malu tersebut..

Berpakaian mengikut syariat memang wajib..
Tidak semestinya kita boleh melupakannye sekiranye dalam menjalani sesuatu aktiviti yang memerlukan berpakaian seperti etlit..

Saya pernah menyertai Program Langkawi International Extreme Challenge..
Memang kita mahu menang dalam penyertaan itu tersebut..tapi jangan lah lupe tanggungjawap kita sebagai hambanye,...
Berpakaian membuka aurat bukan yang terbaik yang anda pilih..
Kerana anda akan mendapat azabNya di akhirat nanti...
INGATLAH wahai manusia..

anda bole perhatikan disini..
renung- renungkan lah...

Snap pic sebelum bertanding

Ini sudah terbukti..
Menutup aurat bukanlah penghalang untuk kita mencapai target kite..
Untuk mendapat keredaanNya..ikutilah perintahNya..
InsyaAllah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita..


Naib Johan keseluruahan : UiTM Terengganu

Ini bukan untuk membangga diri..
tetapi....niat ini baik untuk menjadi contoh supaya sama2 kita menjaga kehormatan diri..
InsyaAllah.

Jangan kamu anggap aku wanita solehah dengan apa yang aku post.
Jangan kamu anggap aku mulia dengan apa yang aku taip.
Jangan kamu tertarik atau jatuh hati dengan keperibadian yang aku tunjukkan.
Kerana kamu masih belum mengenali aku dan keperibadianku..juga masa silamku..

Mudah untuk menuturkan dua perkataan ini, 
tapi...berat lagi bila melaluinya..
"REDHA & PASRAH"
dua perkataan yang amat berbeza mahupun maksudnya
"REDHA itu rela & PASRAH itu menyerah"

Aku cuma wanita biasa..
Tidak segigih Siti Hawa.
Tidak sesetia Ainul Madhiah
Tidak seberani Sumayyah
Tidak semulia Siti Khadijah
Tidak secantik Bidadari,
Bukan srikandi sejati seperti Rabiatul Adawiyah..
Tetapi aku wanita biasa yang ingin berjuang dan syahid sebagai srikandi Islam..
InsyaAllah ^_^

Sampai disini saja luahan hati ni..
Ikhlas dari Siti Alwani Hamzah
ASSALAMUALAIKUM