Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum .. always smile ^_^
Penghijrahan dari bertudung biasa-biase kepada bertudung labuh..
Mula2 terasa diri ni tidak layak bertudung sekian rupa kerana aku tahu aku bukan seorang yang banyak ilmu pengetahuan tentang agama..
semoge langkah ku ini mendapat keredaan Allah SWT..
Bukan niat ku untuk berlagak alim..
Bukan niat ku untuk menunjuk2 aku ni baik di mata orang..
Tapi ini kerana Allah Ta'ala..
| Di Langkawi 30 November 2013 |
Ku sedar diri ini serba kekurangan..
Ku sedar diri ni lemah dalam ilmu Allah..
Ku sedar diri ini tidak setanding para sahabat nabi..
Tapi aku ingin memcube yang terbaik kejalan-Nya..
Ilmu ini saya dapat dari Lawan Sosial facebook..
Meh saya nak share..
Dari Abdullah bin Umar :
Suatu hari Nabi saw mendengar seorang lelaki memberi nasihat kepada saudaranya tentang sifat malu, lalu Rasullullah saw bersabda,
" Sesungguhnya MALU itu cabang dari IMAN ". (oo49) Sahih Ibnu Majah
Marilah kita sama2 muhasabah diri..
Anda tidak menutup aurat...ade tak rase malu??
Suke mengata/ mengumpat orang lain..tak rase malu ke??
Tidak menjaga batas pergaulan...malulahh
dll larangan yang bole membuat Allah murka..
Nasihat ini untuk diri sndiri dan saudara seislam yang saya sayangi..
wahai kaum hawa yang amat saya sayangi..pupuk lah rase malu atas AURAT dan BATAS mu..
buktikanlah bahawa anda ada sifat malu tersebut..
Berpakaian mengikut syariat memang wajib..
Tidak semestinya kita boleh melupakannye sekiranye dalam menjalani sesuatu aktiviti yang memerlukan berpakaian seperti etlit..
Saya pernah menyertai Program Langkawi International Extreme Challenge..
Memang kita mahu menang dalam penyertaan itu tersebut..tapi jangan lah lupe tanggungjawap kita sebagai hambanye,...
Berpakaian membuka aurat bukan yang terbaik yang anda pilih..
Kerana anda akan mendapat azabNya di akhirat nanti...
INGATLAH wahai manusia..
anda bole perhatikan disini..
renung- renungkan lah...
![]() |
| Snap pic sebelum bertanding |
Ini sudah terbukti..
Menutup aurat bukanlah penghalang untuk kita mencapai target kite..
Untuk mendapat keredaanNya..ikutilah perintahNya..
InsyaAllah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita..
![]() |
| Naib Johan keseluruahan : UiTM Terengganu |
Ini bukan untuk membangga diri..
tetapi....niat ini baik untuk menjadi contoh supaya sama2 kita menjaga kehormatan diri..
InsyaAllah.
Jangan kamu anggap aku wanita solehah dengan apa yang aku post.
Jangan kamu anggap aku mulia dengan apa yang aku taip.
Jangan kamu tertarik atau jatuh hati dengan keperibadian yang aku tunjukkan.
Kerana kamu masih belum mengenali aku dan keperibadianku..juga masa silamku..
Mudah untuk menuturkan dua perkataan ini,
tapi...berat lagi bila melaluinya..
"REDHA & PASRAH"
dua perkataan yang amat berbeza mahupun maksudnya
"REDHA itu rela & PASRAH itu menyerah"
Aku cuma wanita biasa..
Tidak segigih Siti Hawa.
Tidak sesetia Ainul Madhiah
Tidak seberani Sumayyah
Tidak semulia Siti Khadijah
Tidak secantik Bidadari,
Bukan srikandi sejati seperti Rabiatul Adawiyah..
Tetapi aku wanita biasa yang ingin berjuang dan syahid sebagai srikandi Islam..
InsyaAllah ^_^
Sampai disini saja luahan hati ni..
Ikhlas dari Siti Alwani Hamzah
ASSALAMUALAIKUM


No comments:
Post a Comment