Sunday, 5 October 2014

@L~MaTHuRaT sebahagian Bekalan Ku




KELEBIHAN MEMBACA AT MATHURAT



Di dalam al-mathurat, adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi SAW dan banyak kelebihan dan fadhilatnya bagi sesiapa yang membacanya selepas Subuh dan selepas Asar/Maghrib. Kelebihannya adalah seperti yang berikut :-



1. Tidak dihampiri syaitan



2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 


3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 

5. Selamat dari segala sesuatu. 

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 

7. Allah berhak untuk meredainya 

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 

9. Terhindar daripada syirik. 

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

InsyaAllah Allah menjaga kita sepanjang kita hidup di dunia Allah ini. Semoga hati kita sentiasa tenang dan Allah mempermudahkan segala urusan kita...

Tipu jika saya kata, saya tidak mis membacanya.. Kadang- kadang kita akan merasa malas untuk mencapai dan membaca, mungkin dengan hasutan Syaiton kita kalah. Tetapi bangkit lah wahai anak muda Siti Alwani.. Malas tiada ubatnya bak kata mereka yang menasihati saya. =) 
Paksalah diri untuk melakukan kebaikan yang tidak akan rugi untuk dunia dan akhirat. 
Semoga ayat ayat  itu terus membasahi bibir ku. 

No comments: