Pemergian ibu kesayangan ku…
(kehilangan juga tempat ku mengadu dan bermanja)
Tika ku kesedihan dan gembira,
Tika ku memerlukan teman,
Tika ku kesunyian,
Tika ku memerlukan nasihat dan dorongan,
Aku akan mencarinya untuk meluahkan
perasaan,
berkongsi cerite dengan gelak tawa
untuk mengisi kekosongan,
serta
menceritakan matlamat dan impianku pada
masa hadapan..
Engkaulah satu2nye penghibur hatiku kala ku kesedihan..
pemangkin semangatku kala ku kecundang,
pendengar setiaku kala ku mempunyai masalah..
mengajar aku mengaji Al-Quran pada setiap malam..
mengajar ku sifat sabar dan tidak mudah putus asa..
Engkaulah Idola bagiku.
Ya Allah,
Kenapa terlalu cepat Engkau mengambil DIA dalam hidupku..?
Kuatkah aku untuk terima dugaan-Mu ini??
Apakah salah kami?
Apakah hikmah disebalik kesedihan yang Engkau berikan kepada kami..?
Peristiwa kemalangan pada 20 JANUARI 2013 yang menimpa arwah emak, abah
dan adik ina..sangat2 menguji tahap keimanan, kesabaran, ketahanan fizikal dan
mental kami adik- beradik..
Saya selalu berbual dengan mak untuk memajukan perniagaan frozen kuih tempatan...emak penah berhajat hendak adik saya yang bongsu ( Siti Amalina) mempelajari ilmu mak saya tu..tapi tidak sempat untuk emak menurunkan ilmu nya, beliau telah pergi meninggalkan kami..
macam mane nak buat?? siapa nak ajarkan kami?? klu itu lah hajat emak...
Ya Allah, bagilah kami sifat rajin dan ketabahan seperti emak saya yang selalu bertungkus lumus memajukan perniagaannya..bangun awal pagi sekitar 5pg untuk membuat persediaan penjualan...malam pula tido lewat kerana buat kuih...Ya Allah, bolehkah kami jadi seperti emak kami ini...bagilah kami kekuatan untuk meneruskan usaha emak saya dan memenuhi hajat beliau untuk adik saya mewarisi perniagaannya itu..
SEDIH???
Siapalah tidak sedih apabila kehilangan orang sangat akrab dengan nya dan disayangi..
tapi......sedih itu perlu untuk MUHASABAH diri dan sentiasa INGAT ALLAH..
sebab itu Allah menguji hambanya untuk menggantikan dengan lebih besar nikmat dan nilainya..
1) Salah siapakah?
à Situasi masa itu, arwah emak saya
yang memandu kereta Toyota Vios, manakala abah duduk seat hadapan dan adik ina
duduk dibahagian belakang. Mereka dalam perjalanan pulang dari kenduri rumah
orang kahwin.. Sebuah bus pelancongan telah merempuh kereta yang dipandu oleh
ibu saya dari arah hadapan. Mesti tertanya-tanya kenapa bus itu boleh
berlanggar?? Secara logiknya, bus yang dari arah bertentangan jalan dengan
kereta yang dipandu ibu saya ingin memotong kenderaan lain..tetapi bus tersebut
tidak sempat untuk masuk line jalan dia malah telah melanggar kereta ibu saya.
Bila pikirkan balik,
betapa geramnye dengan sifat pemamdu bus tersebut yang telah menyebabkan
kehilangan ibu kesayangan saya dan menyebabkan ayah dan adik saya dalam
kesakitan menanggang kecederaannya. Alhamdulillah, masih ada sifat sabar saya
dalam diri ini, dan sentiase berfikiran positif atas kecelakaan yang
menimpa keluarga saya. Semua ini telah tertulis dan ini lah takdirnya.
Apa yang dimaksudkan dengan kalimah tersebut?
Jawapan: Sebelum berangkat ke alam barzakh untuk menuju akhirat yang kekal abadi, kita akan mengalami situasi yang disebut sakaratulmaut. Secara harfiah, kalimah ini bermaksud ‘mabuk menghadapi maut’ yang sangat dahsyat. Saat kematian ini berkait rapat dengan proses perpisahan roh dari jasad kita yang membawa kepada kematian. Syeikh Abdul Latif Musytahary (1996), menjelaskan bahawa kematian adalah bercerainya roh dari tubuh seseorang insan.
MATI ITU PASTI !!! BERAMAL SELAGI BERNYAWA...
3 comments:
hari ni ade ade sedikit masalah...sllu bile time mcm ni aku akn bercerite dgn emak...tp skg aku dh xde tempat mengadu...Ya Allah,kuatknlah hamba mu ini..
emak xkn kembali,kerana Allah lebih syang akn nye dan telah mengambilnye..jadi mulai sekarang aku mengadu kepada-Nya supaya Allah menyampaikan kepadanya..
wani rindu mak ='(
Emak...wanie merindui mu..
wanie akan kuat terima semua ni..tapi..kadang2..secara tibe2..air mata ni menitis dengan sendirinya bile bile hati ku ini tidak dapat menampung perasaan rindu akan diri mu..
apa2 pun..emak akan sentiasa dalam doaku.. ^_^ love u
Rindu ingin say LOVE U kt emak... =)
semoge emak ditempatkn bersama orang-orang beriman..
Ya Allah, ampunkn lah segala dosa2 emak yang telah melahirkan aku dan bersusah payah membesarkan diri ini... Amin
---> kesejahteraanmu sntiase dlam doaku.. ^_^
Post a Comment