Saturday, 2 February 2013

KEMALANGAN ITU TAKDIR ALLAH..

TRAGEDI YANG MENYEDIHKAN HATI KAMI!!

ni berita tentang kemalangan yang dialami oleh ARAWAH IBU saya, ABAH dan ADIK saya pada 21 Januari 2013..

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kereta-terperosok-bawah-lori-1.124233
Kereta terperosok bawah lori
Wartawan Sinar Harian
23 Januari 2013
Kereta terperosok bawah lori
Toyota Vios terperosok di bawah bas dalam kejadian kemalangan di Jalan Sungai Pelek-Tanjung Sepat, Ahad lalu.
Kereta terperosok bawah lori
Pemandu Toyota Vios maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian badan.
TANJUNG SEPAT – Penumpang sebuah bas persiaran berdepan saat cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Jalan Sungai Pelek-Tanjung Sepat, di sini, Ahad lalu.

Pertembungan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios maut di tempat kejadian, bagaimanapun pemandu dan penumpang bas persiaran tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, bas dipandu lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang membawa lebih 10 penumpang terbabit dikatakan dalam perjalanan ke arah Tanjung Sepat, manakala kereta dipandu wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu pula dalam perjalanan ke Sungai Pelek.

Menurutnya, sejurus tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.45 petang, pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terperosok di bawah bas.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta dan disahkan maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian badan.

"Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas persiaran terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Sebuah jentera bomba turut sama membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati terutama apabila melalui kawasan kampung dan tempat sunyi bagi mengelakkan kejadia.

---> Jangan percaya 100% info ini kerana ade info yang salah telah dijelaskan oleh pemandu bas tersebut.. Terkilan kami dengan info tersebut..

Tragedi ini telah meragut nyawa ibu saya manakala abah dan adik saya mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangaor.


Abah dan adik ina dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dirawat
Ayah saya mengalami:-
  •        pendarahan di otak
  •      kaki sebelah kanannya patah.

Manakala adik ina mengalami kecederaan yang amat teruk.
  •      Bebola matanya sebelah kirinya pecah dan dijangka dia tidak dapat mengunakan mata sebelah kirinya lagi.
  •       Tulang hidung, tulang pipi dan tulang rahangnya hancur.    (memerlukan kos yang tinggi untuk memulihkan tulang mukanya.)
  •        Kaki sebelah kanannya juga patah.

 

Abah dan adik masih tidak sedar lagi..
Hati ku tertanya-tanya..kenapa terlalu lama untuk mereka sedar..??jangan lah Engkau menduga kami dengan sesudah Engkau beri dugaan yang lebih berat kepada kami…
 Engkau kabulkan lah segala permintaan kami agar abah dan adik ina cepat pulih seperti sediakala. Jangan lah Engkau sakiti mereke..kerana aku tidak sanggup melihat adik saya yang masih kecil itu menanggang kesakitan itu. Kalaulah boleh kesakitan itu digantikan..aku suka rela menanggang segalanya. Ya Allah, Bolehkah adik aku menerima dugaan yang Engkau berikan padanya..Janganlah Engkau memutuskan talian kawan2 adik aku setelah kawan mereka telah melihat dirinya seperti itu.. 
Engkau sembuhkan lah mereka..permudahkan lah segala urusan kami..Hanya pada-Mu kami mengadu,dan menyembah…
Engkau lah Maha Berkuasa,dan Maha Berkehendak..AMIN. 



AMIN
"semoge Allah perkenankan permintaan kami ini"



No comments: